Tuesday, April 15, 2008

KENANGAN KEMWI SIRI 1/2007


Ulu Tiram 24.03.2007, Seramai 75 orang peserta telah menyertai KEm Motivasi Warga Industri (KEMWI) Siri 1/2007 yang dikendalikan oleh Kelab Rakan Industri (KRI) JIM Johor Bahru, yang telah diadakan selama 2 hari, bermula pada 24 hingga 25 Mac lalu. KEMWI kali ini juga disertai beberapa orang peserta dan pemerhati dari luar iaitu Perak dan Selangor yang bercadang untuk mengadakan program seumpama ini di negeri masing-masing.


Ucapan Jazakallahu khairan untuk semua yang telah memberi sumbangan apa jua samada wang ringgit dan tenaga bagi menjayakan program ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.

Inilah kata2 dari beberapa peserta flextronics..JzKK pada semua..mudah2 kita terus bersatu dan bersama dlm perjuangan yg penuh mencabar ini..Kak CP

“Kenangan manis saya hari ni kami anak beranak, suami dan anak sedara beramai2 tunaikan solat jemaah di rumah.inilah satu permulaan yg baik dan manis.biasanya sembahyang masing2.Tak pernah jemaah.thanks to you and I lv u..”suminah.

“Thanks a lot to u all..satu paksaan telah menjadi satu keinsafan yg amat dlm.memang kta semua diberkati dan disayangi disisi Allah.Pada saat ini bermulalah perjuangan yg tak tahu apa penghujungnya..amin’Robitah

‘fiza akan bawa lebih ramai supervisor for next kemwi”Fiza..

KENENGE INDOH DI KEMWI,
TOK SIO-SIO AKU HADHIRI,
KESEDARE & KEINSAFE YANG AKU PEROLEHI,
TERUS PEKAT MELEKAT DIHATI,
AKE KU PERTEHE SAMPAI MATI,
RASO TOK SABAR NOK GI LAGI,
Bilo lagi heh nok wat KEMWI???...Arozi


Sekian & salam,
Khalid KRI@Pak Kay

No comments: