Thursday, April 3, 2008

KBM Belia - Daftar Sekarang!!!

Komen peserta selepas program....

“… Program ini sepatutnya diteruskan untuk mengajak rakan-rakan kita yang mungkin lupa dan alpa …“
(Mazuwita – Peguam. KBM Siri 2/2005)

“… Memberi kesan yang amat baik kepada peserta untuk memperbaiki diri sendiri. Jadikanlah ianya satu program wajib dan kerap diadakan …”
(Noor Aliza – Brothers. KBM Siri 1/2004)

”… Perkhemahan ini adalah ‘turning point’ yang terpenting dalam hidup saya …”
(Azizah Ajis – Hitachi Device. KBM 1998)


Komen majikan selepas program...

“… Pada akhir program semua staf wanita meluru ke arah saya, memeluk dan menitiskan airmata, berterima kasih yang amat sangat kerana mewajibkan mereka hadir ke KBM …” (Sazira – Pemilik Syarikat Guaman. KBM Siri 1/2006)


Komen Alumni KBM yang kini aktif membantu menggerakkan KBM....

" ... Seperti baru semalam aku ikut KBM, walaupun telah 5 tahun ianya telah berlalu, keindahan & kemesraan bersama fasi serta rakan peserta masih terasa, tak dapat nak diluahkan nikmatnya hingga aku merasakan diri ini amat rugi jika ianya berlalu begitu saja, & hingga kini ku terus bersama mereka setiap kali KBM bermula, agar ku sentiasa dekat pada_Nya ... Inilah 'DUNIA BARUku "
(Khalid - Alumni KBM 2003)


”Satu Program yang tak wajar dilepaskan.. ..satu-satunya program yang berjaya menghadirkan rasa TAKUT dari dalam diri terhadap ALLAH, Yang Maha Besar. Dgn perasaan takut itulah, ianya mendekatkan diri saya dengan Ad-deen, yang setelah diamalkan, menjadikan hidup ini lebih bermakna, baik dari segi amal ibadat kepada Allah, mahupun kehidupan seharian bersama masyarakat. Kesedaran yang diperolehi itu, turut menjadikan hidup saya tenang, bebas dari belenggu masalah dan kegelapan yang dihadapi sebelum menyertai KBM bersama KRI/JIM ini.
Terima kasih kepada KRI/JIM!”
(Arozi – Alumni KBM )

No comments: