Tuesday, April 29, 2008

KBM Belia 1/2008 - Terus Menyerlah

Salam to all,

26~27 Apr, Alhamdulillah Kelab Rakan Islah (KRI) JIM Johor telah mengadakan KBM Belia 1/2008, bertempat di Tiram Indah Village , Ulu Tiram Johor. Seramai 54 orang (16 lelaki & 38 wanita) telah menyertai KBM kali ini yang datang dari beberapa daerah di Johor. Ucapan Jazakallahu khairan kathira pada semua pengendali, fasi KRI serta alumni KEMWI (Achid, Pak Long, Pak Arab , Abu Nuha, Pak Anjang, Abg Lan, Aza n, Edi, Mahdzir, Saiful, Aboh, Zahrin, Arozi, Faizal, Najib, Mokhtar, Krol, Yusof BP, Pak Mail, Mak Su, Mak Lang, Fifi, Anie, Jun Al-PG, Nurul, Liza, Kak Noi, Kak Anisah, Lin dan Ustzh Halimah)

Berikut disertakan beberapa photo aktiviti KBM Belia 1/2008 Johor semlam …

Happy Chick, gabungan Pak Long & Pak Arab mengendalikan slot SMS-Sayang 1 & 2 …

‘Nikmatnya Sujud Pada Mu’ … takala dahi mencecah bumi yang becak, tika hujan lebat. (xplorer@tiram_ indah.com. my)

Selesai slot ‘xplorer’ pada petang Sabtu tu, kami telah dimaklumkan bahawa Mak Su telah dimasukkan ke wad Hospital Puteri Johor atas masalah kesihatan. Bagi pihak warga KRI, mendoakan agar Mak Su segera sembuh dan kembali berKBM bersama KRI di masa akan datang.

Hidup – Satu Pengembaraan Bab 1 dikendalikan oleh Abu Nuha, sementara Bab 2 telah memberi peluang kepada Anie & Edi melaksanakan watak penting … TAHNIAH!!!

Pada hari Ahad, dalam slot pengenalan aktiviti KRI oleh Pak Kay, mengajak peserta untuk terus melakukan perubahan dengan menyertai program@aktiviti KRI@JIM, antaranya –

29 Apr – Sukan Wanita (Bola Jaring)
11 Mei – Majlis Alumni KBM (aktiviti follow up terutama alumni KBM 1/2008)
25 Mei – Mini XPDC Alumni KBM (aktiviti follow up alumni KBM)
12~13 Jul – KBM Belia 2/2008 (aktiviti follow up sebagai co fasi KBM)

Kemudian diikuti dengan slot berikut …

Slot ‘Bersama Menuju Kejayaan’, mengeratkan lagi ukhuwwah sahabat yang baru dikenali …

Dan akhirnya slot doa perpisahan kemudian bersalaman, berpelukan serta berpesan-pesan antara satu sama lain



Jazakallah kepada semua penyumbang dan moga Allah menerima apa jua sumbangan kita.

Yang Melaporkan,
Khalid KRI@Pak Kay

Monday, April 21, 2008

Tim JKPRB Menyelam Sambil Minum Air di Selangor/KL

Salam to all,
Pada 19~20 Apr lalu, ana & Achid yang mengiringi Pengarah KRI Johor, Hj Aminuddin@Pak Long telah berkesempatan menaiki penerbangan pesawat KRJ JIM Selangor bersama KREW Team KBM Selangor/KL. Penumpang pesawat yang dinaiki oleh peserta dari Sek Men Keb Cheras Jaya & beberapa peserta dari Sek Men Al-Amin, selamat mendarat walaupun agak panik dengan beberapa masalah teknikal. Berkat doa antum penerbangan pesawat KRJ JIM Selangor selamat sampai ke destinasinya.
Disertakan beberapa photo untuk dikongsi bersama …
Slot KMKY … ada juga yang kena kipas siling nanti …

Barisan fasi … ramai tu …

Happy Chicky …

Slot In-Team …

Selesai program KBM pada tengahari ahad, Pak Long sempat berbincang bersama team KRI Selangor untuk program susulan dan amat yakin akan kehebatan team KRJ Selangor/KL untuk menyerlah jauh dari biasa. Kami bersama JKP3451 telah bertolak balik jam 3.15 ptg dan selamat sampai di Johor jam 7.30 malam …

AlhamdulillahTAHNIAH & JAZAKALLAH pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam semua program KBM minggu lepas … moga amalan kita semua diberkati Allah swt …

InsyaAllah, berita sepenuhnya dari team KBM Selangor/KL akan menyusul kemudian …

Sekian & Salam,Khalid KRI@Pak Kay

(Nota: JKPRB - Jawatankuasa Pembangunan Remaja Belia.
Pak Long adalah juga Timbalan Pengerusi (Belia) JKPRB Pusat)

Thursday, April 17, 2008

Iman Corner..Segarnya Cinta Pd Rasulullah


Salam To All,

‘Mengimbas Kembali – Keunggulan Negara ISLAM Pimpinan Ar Rasul saw’, itulah tajuk menarik yang telah disampaikan oleh Ust Rifqi Mydin dalam majlis Iman Corner yang diadakan di Pej JIM Johor, Taman Desa Skudai malam tadi (16 Apr 2008) yang dianjurkan oleh JIM JB & WJIM JB dengan kerjasama Kelab Rakan Islah.



Sebelum majlis ilmu dimulakan, YDP JIM JB, Sdr Ahmad Daniel telah dijemput untuk memberikan penerangan ringkas berkenaan RJ2.


Ustaz Rifqi sedang beraksi....memang best penyampaianya.




Suasana hadirin yang sedang khusyuk menghayati penyampaian Ustaz Rifqi


Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan dan merasa rugi tak dapat bersama kali ini, jangan risau, bulan depan boleh datang kerana Iman Corner akan diadakan sebulan sekali. Insyaallah dengan tajuk perbincangan yang lebih menarik.


Coretan & Gambar oleh Pak Kay








Tuesday, April 15, 2008

KENANGAN KEMWI SIRI 1/2007


Ulu Tiram 24.03.2007, Seramai 75 orang peserta telah menyertai KEm Motivasi Warga Industri (KEMWI) Siri 1/2007 yang dikendalikan oleh Kelab Rakan Industri (KRI) JIM Johor Bahru, yang telah diadakan selama 2 hari, bermula pada 24 hingga 25 Mac lalu. KEMWI kali ini juga disertai beberapa orang peserta dan pemerhati dari luar iaitu Perak dan Selangor yang bercadang untuk mengadakan program seumpama ini di negeri masing-masing.


Ucapan Jazakallahu khairan untuk semua yang telah memberi sumbangan apa jua samada wang ringgit dan tenaga bagi menjayakan program ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.

Inilah kata2 dari beberapa peserta flextronics..JzKK pada semua..mudah2 kita terus bersatu dan bersama dlm perjuangan yg penuh mencabar ini..Kak CP

“Kenangan manis saya hari ni kami anak beranak, suami dan anak sedara beramai2 tunaikan solat jemaah di rumah.inilah satu permulaan yg baik dan manis.biasanya sembahyang masing2.Tak pernah jemaah.thanks to you and I lv u..”suminah.

“Thanks a lot to u all..satu paksaan telah menjadi satu keinsafan yg amat dlm.memang kta semua diberkati dan disayangi disisi Allah.Pada saat ini bermulalah perjuangan yg tak tahu apa penghujungnya..amin’Robitah

‘fiza akan bawa lebih ramai supervisor for next kemwi”Fiza..

KENENGE INDOH DI KEMWI,
TOK SIO-SIO AKU HADHIRI,
KESEDARE & KEINSAFE YANG AKU PEROLEHI,
TERUS PEKAT MELEKAT DIHATI,
AKE KU PERTEHE SAMPAI MATI,
RASO TOK SABAR NOK GI LAGI,
Bilo lagi heh nok wat KEMWI???...Arozi


Sekian & salam,
Khalid KRI@Pak Kay

Monday, April 14, 2008

JOM RECAJ IMAN DI IMAN CORNER

Salam,
Iman corner kembali lagi dengan kupasan tajuk yang dipilih khas sempena Maulidur Rasul.
Ya Rasulullah!! Kami merindui kepimpinanmu!!



Jom datang bawa diri anda!
Jom datang bawa keluarga anda!
Jom datang bawa rakan anda!


KBM Utk Warga Iman ELC, Johor (13 Apr 2008)

Aslm
Alhamdulillah, semalam bermula dari jam 9 pg ~ 6 ptg,
team KBM Johor telah berjaya menjalankan program
KBM utk warga tadika/nursery IMAN ELC di Taman
Skudai Indah.


Peserta merupakan guru dan kakitangan junior dari 11
tadika dan 8 nursery dari rangkaian IMAN ELC seluruh
JOHOR.Seramai 68 peserta telah hadir semalam.
Peserta termuda berusia 18 tahun dan yang paling tua
berusia 49 tahun.Mereka merupakan kakitangan yg telah
berkhidmat dari 1 bulan ~ 4 tahun di rangkaian Iman.
InsyaAllah,kakitang an senior pulak akan berprogram pd
4 May depan... (yang nie, Pak Lang akan handle)


JZKK kepada yang telah membantu mengendalikan prog
sepanjang hari semalam... partner duet ana semalam(Pak
Ngah),Pak Laptop(PakKay) ,cameraman( Achid),Pak Mail,
Fidah,Kak Maznah,Kak Sumilah dan Kak Anisah serta
G (Azizah,adik Pak Ngah)
Dan juga JZKK kepada tuan punya bilik seminar...Pak De'


Alhamdulillah program telah dapat dijalankan dengan baik,
walaupun terpaksa skip beberapa slot, disebabkan oleh
kesuntukan masa.


Papepun,JZKK kepada pihak pengurusan Iman ELC yang
telah memberi peluang kepada kami utk menyumbang.
Dan jutaan maaf, sekiranya ada apa-apa kekurangan.
Semuga Allah menerima usaha kerdil kami ini,InsyaAllah.

Beberapa photo yang dapat dikongsi bersama dalam KBM_Iman semalam ..

Mengayakan pergerakkan lagu ‘Demi Matahari’ …




3T & 3S lagi …

Sebak tika slot ‘Riben Kehidupan’ ...





Luahan hati …

TAHNIAH untuk semua.

Coretan oleh Pak Long

Gambar oleh Pak Kay


Monday, April 7, 2008

Dulu KEMWI, Kini KBM

EVOLUSI KBM

1996-1997 Rakan Muda Masjid
1998-2007 Kem Motivasi Warga Industri (KEMWI)
Kini 2008 Keindahan Bersama-Mu (KBM)

Sejak 1996, KRI menumpukan program-programnya kepada pembangunan belia-belia yang terlibat di sektor industri perkilangan sehingga program utamanya diberikan nama spesifik yang berkaitan iaitu Kem Motivasi Warga Industri (KEMWI).

Beberapa tahun lepas, program KEMWI mula mendapat sambutan daripada belia-belia di medan yang lain seperti kelab kompang, universiti, guru-guru, belia kampung dan lain-lain.

Dengan itu, mulai 2008 ini, nama KEMWI di 'rebranding'kan kepada Keindahan Bersama-Mu (KBM) supaya program ini dapat memberi manfaat kepada segenap golongan belia.

Jom bersama ke KBM 26-27 April ini!!!!

Thursday, April 3, 2008

KBM Belia - Daftar Sekarang!!!

Komen peserta selepas program....

“… Program ini sepatutnya diteruskan untuk mengajak rakan-rakan kita yang mungkin lupa dan alpa …“
(Mazuwita – Peguam. KBM Siri 2/2005)

“… Memberi kesan yang amat baik kepada peserta untuk memperbaiki diri sendiri. Jadikanlah ianya satu program wajib dan kerap diadakan …”
(Noor Aliza – Brothers. KBM Siri 1/2004)

”… Perkhemahan ini adalah ‘turning point’ yang terpenting dalam hidup saya …”
(Azizah Ajis – Hitachi Device. KBM 1998)


Komen majikan selepas program...

“… Pada akhir program semua staf wanita meluru ke arah saya, memeluk dan menitiskan airmata, berterima kasih yang amat sangat kerana mewajibkan mereka hadir ke KBM …” (Sazira – Pemilik Syarikat Guaman. KBM Siri 1/2006)


Komen Alumni KBM yang kini aktif membantu menggerakkan KBM....

" ... Seperti baru semalam aku ikut KBM, walaupun telah 5 tahun ianya telah berlalu, keindahan & kemesraan bersama fasi serta rakan peserta masih terasa, tak dapat nak diluahkan nikmatnya hingga aku merasakan diri ini amat rugi jika ianya berlalu begitu saja, & hingga kini ku terus bersama mereka setiap kali KBM bermula, agar ku sentiasa dekat pada_Nya ... Inilah 'DUNIA BARUku "
(Khalid - Alumni KBM 2003)


”Satu Program yang tak wajar dilepaskan.. ..satu-satunya program yang berjaya menghadirkan rasa TAKUT dari dalam diri terhadap ALLAH, Yang Maha Besar. Dgn perasaan takut itulah, ianya mendekatkan diri saya dengan Ad-deen, yang setelah diamalkan, menjadikan hidup ini lebih bermakna, baik dari segi amal ibadat kepada Allah, mahupun kehidupan seharian bersama masyarakat. Kesedaran yang diperolehi itu, turut menjadikan hidup saya tenang, bebas dari belenggu masalah dan kegelapan yang dihadapi sebelum menyertai KBM bersama KRI/JIM ini.
Terima kasih kepada KRI/JIM!”
(Arozi – Alumni KBM )