Tuesday, April 29, 2008

KBM Belia 1/2008 - Terus Menyerlah

Salam to all,

26~27 Apr, Alhamdulillah Kelab Rakan Islah (KRI) JIM Johor telah mengadakan KBM Belia 1/2008, bertempat di Tiram Indah Village , Ulu Tiram Johor. Seramai 54 orang (16 lelaki & 38 wanita) telah menyertai KBM kali ini yang datang dari beberapa daerah di Johor. Ucapan Jazakallahu khairan kathira pada semua pengendali, fasi KRI serta alumni KEMWI (Achid, Pak Long, Pak Arab , Abu Nuha, Pak Anjang, Abg Lan, Aza n, Edi, Mahdzir, Saiful, Aboh, Zahrin, Arozi, Faizal, Najib, Mokhtar, Krol, Yusof BP, Pak Mail, Mak Su, Mak Lang, Fifi, Anie, Jun Al-PG, Nurul, Liza, Kak Noi, Kak Anisah, Lin dan Ustzh Halimah)

Berikut disertakan beberapa photo aktiviti KBM Belia 1/2008 Johor semlam …

Happy Chick, gabungan Pak Long & Pak Arab mengendalikan slot SMS-Sayang 1 & 2 …

‘Nikmatnya Sujud Pada Mu’ … takala dahi mencecah bumi yang becak, tika hujan lebat. (xplorer@tiram_ indah.com. my)

Selesai slot ‘xplorer’ pada petang Sabtu tu, kami telah dimaklumkan bahawa Mak Su telah dimasukkan ke wad Hospital Puteri Johor atas masalah kesihatan. Bagi pihak warga KRI, mendoakan agar Mak Su segera sembuh dan kembali berKBM bersama KRI di masa akan datang.

Hidup – Satu Pengembaraan Bab 1 dikendalikan oleh Abu Nuha, sementara Bab 2 telah memberi peluang kepada Anie & Edi melaksanakan watak penting … TAHNIAH!!!

Pada hari Ahad, dalam slot pengenalan aktiviti KRI oleh Pak Kay, mengajak peserta untuk terus melakukan perubahan dengan menyertai program@aktiviti KRI@JIM, antaranya –

29 Apr – Sukan Wanita (Bola Jaring)
11 Mei – Majlis Alumni KBM (aktiviti follow up terutama alumni KBM 1/2008)
25 Mei – Mini XPDC Alumni KBM (aktiviti follow up alumni KBM)
12~13 Jul – KBM Belia 2/2008 (aktiviti follow up sebagai co fasi KBM)

Kemudian diikuti dengan slot berikut …

Slot ‘Bersama Menuju Kejayaan’, mengeratkan lagi ukhuwwah sahabat yang baru dikenali …

Dan akhirnya slot doa perpisahan kemudian bersalaman, berpelukan serta berpesan-pesan antara satu sama lain



Jazakallah kepada semua penyumbang dan moga Allah menerima apa jua sumbangan kita.

Yang Melaporkan,
Khalid KRI@Pak Kay

No comments: