Thursday, May 29, 2008

KBM Belia 2/2008: 12-13 JUL INI!!! PENDAFTARAN DIBUKA!!

Salam,
.
Sukacita dimaklumkan program pengembaraan emosional dan spiritual KEINDAHAN BERSAMA MU (KBM) Versi Belia Siri 2/2008 yang dijadualkan pada 12-13 Julai 2008 telah dibuka untuk pendaftaran.
.
Sila sebarkan dan sampaikan berita gembira ini kepada rakan-taulan, adik-beradik, saudara-mara dll.
.
JOM DAFTAR SEKARANG!
.
Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan brosur.

Tuesday, May 13, 2008

'Re-Union' Alumni KBM Belia Secara Bersantai


Salam to all,

11hb Mei 2008 Ahad, sekali lagi alumni KBM Belia 1/2008 Johor, alumni KEMWI serta warga Kelab Rakan Islah (KRI JIM Johor) bersama2 ahli keluarga masing2 telah bertemu kembali di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor bagi menghadiri majlis alumni KBM Belia. Seramai 11 orang dari 30 orang (tidak termasuk anak2) yang hadir adalah merupakan alumni KBM Belia 1/2008 Johor. Konsep aktiviti yang ‘simple’, ‘sweet’ & santai ini diadakan sebagai permulaan aktiviti susulan KRI selepas 2 minggu dari program KBM.

Slot 1 – ’Masihkah Engkau Ingat’ ... menayangkan kembali video clip yang dihasilkan sepanjang program KBM ...

Slot 2 – ’Graf Kehidupan’ ... menyenarai semula keazaman atau perubahan yang telah dibuat selepas 2 minggu menghadiri KBM ...

Slot 3 – Promosi program & aktiviti KRI & JIM, dan memperlawa mereka untuk bersama dalam usaha melakukan perubahan secara berterusan. Alhamdulillah, 7 orang akan diserapkan dalam aktiviti ’TABIT’ KRI – Tim Aktif Bina Iman & Takwa@usrah.

Kehadiran alumni KBM bersama keluarga masing2 ...

Slot ‘Graf Kehidupan’ …

Sdr Mohd Aris berkongsi pengalaman setelah 2 minggu menghadiri KBM ...

Dalam slot ‘Graf Kehidupan’ juga memberi peluang kepada Kak Aisyah (majikan sebuah tadika) berkongsi pengalaman … perubahan kepada 4 orang staf beliau yang telah menghadari KBM …

InsyaAllah, dari masa ke semasa KRI akan memaklumkan aktiviti susulan seterusnya.

Salam & Senyum Selalu
Khalid KRI@Pak Kay

Monday, May 5, 2008

Jom ke 'Re-Union' Alumni KBM Belia

2 minggu berlalu...
Apa khabar Iman anda?
Adakah anda masih terasa keindahan Iman?
Tepuk dada tanyalah Iman.
Jom datang beramai-ramai untuk recaj Iman di dada!
Jumpa di sana!