Monday, January 5, 2009

Makluman Pertukaran Alamat Blog

Salam....kepada semua pengunjung-pengunjung. Untuk makluman semua blog KRI telah berpindah ke alamat baru seperti di bawah.

Pertukaran ini dibuat bersesuaian dengan penggunaan nama baru kepada KELAB BELIA JIM.
Sebarang masalah dan kesulitan amatlah dikesalkan.

Monday, July 14, 2008

Perkongsian KBM Belia 2/2008

Salam to all,

12hb Jul 2008.
AlHamdulillah, Kelab Rakan Islah (KRI) JIM Johor telah mengadakan program KBM Belia 2/2008 di Tiram Indah Village, Johor. KBM Belia ini telah diadakan pada 12~13 Julai 2008.

Seramai 28 peserta telah merasai nikmat ber’KBM’ selama 2 hari, yang datang dari Pasir Gudang, Senai, Skudai, Johor Bahru & Muar. Peserta dari lingkungan umur 19 hingga 50 tahun

Oleh kerana peserta tidak ramai, suasana persahabatan lebih erat & mesra serta mudah mengingati semua nama peserta. Seramai 8 pengendali & fasi ’full time’ serta 3 fasi ’part time’ telah menyumbang bagi menjayakan KBM kali ini. Terima kasih pada semua.


Slot Salam Mesra Salam Sayang, mengeratkan lagi persahabatan antara peserta.

Slot xplorer, menekankan kewajipan solat di mana saja berada.


Slot In-team, doa seorang ibu pada anak gadisnya. Antara peserta KBM Belia Johor, ibu & anak.

Diakhir program, Hj Aminuddin@Pak Long merangkap Pengarah Belia Johor telah memberi kan penerangan berkenaan aktiviti KRI yang melibatkan belia serta JIM. Alhamdulillah, seramai 27 orang telah mendaftar sebagai ahli JIM. (JB – 21, Muar – 4, BP – 1 & Melaka – 1)

Luahan hati –

“Saya tidak bersedia untuk menghadapi kematian kerana saya masih mengingati dosa2 saya pada arwah ayah saya dan saya ingin menebusnya dengan menjadi anak yg baik”
…. Arwah ayah peserta ini juga adalah alumni KBM …

“Saya tak rapat dengan ayah. Dah setahun lebih saya tidak berjumpa ayah. Ayah & Ibu dah berpisah. Walaupun ada rasa benci pada ayah, tapi namanya sentiasa saya bawa. Tak tahu ayah kat mana. Saya berazam mencari ayah saya dan mohon maaf pada dia”

“Saya tertarik pada perwatakan seorg fasi yang lembut tetapi dpt membuat saya tersentuh & ingin menjadi seperti dirinya … walaupun perkenalan antara kami singkat tapi saya dpt rasakan saya mengenalinya dari saya lahir … “


InsyaAllah, 'reunion' Alumni KBM 2/2008 dijangka akan diadakan pada awal bulan Ogos di Pejabat baru JIM Pasir Gudang Johor. Antara slot yang akan dibuat ialah ‘SEMARAK RAMADHAN’.

Salam & Senyum Selalu,
Khalid KRI@Pak Kay

Thursday, July 3, 2008

Rancang Hidup Rancang Wang Anda Sekarang!!

Assalamualaikum wr. wbt;

Netters yang beriman semoga sentiasa dirahmati Allah;

Hari ini JIM Johor Bahru sangat beruntung kerana berkesempatan menerima tetamu dari Kuala Lumpur yang juga seorang perancang harta dan penulis terkenal yang telah menulis buku Rancang Hidup Rancang wang iaitu akhi HAMDY.

Akhi HAMDY telah berkesempatan memberi ceramah tentang bagaimana nak merancang kewangan peribadi. Tajuk ceramah ialah “Rancang Hidup Rancang Wang”. Beliau telah bersama ikhwah Johor Bahru selama 3 jam dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam (jangkaan) sebelum beliau balik ke Kuala Lumpur menaiki bas jam 12.00 malam .

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat saya ambil untuk pemerhatian antum semua

Buku akhi HAMDY – Rancang Hidup Rancang Wang” yang sesuai untuk mereka yang berumur 40 tahun ke bawah. Saya dah melebihi 40 tahun mungkin dah tak relevan lagi.

Akhi HAMDY (nama pena) sedang memberikan ceramah beliau. Urus Kredit Kad anda dengan cara terbaik.

Antara peserta yang hadir semasa program ceramah yang disampaikan oleh Akhi HAMDY. Ramai juga yang belum 40 tahun yang turut hadir untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Rancang Hidup Rancang Wang ini.

Semoga Allah memudahkan hidup kita semua.

Dari Lensa Pak Belalang

Kamal Khalil
Skudai Johor

Bukit Muntahak Berjaya DiTakluki!!!

Salam to all,

Segala pujian bagi Allah swt & selawat serta salam atas Rasulullah saw.

28hb Jun 2008, Kota Tinggi Johor. Seramai 29 orang warga Kelab Rakan Islah (KRI JIM Johor) serta Alumni KBM Johor telah berXPDC sepanjang Sg Pelepah hingga ke puncak Bukit Muntahak.
Program bermula dengan penerangan aktiviti KRI, taklimat serta ucapan dari YDP JIM Johor Bahru, Sdr Ahmad Danial.

Selepas pembahagian makanan, senanam ringkas oleh Sdr Arozi serta bacaan doa oleh Sdr Ehsan Mokri (anak Pak Lang, pendakian dimulakan pada jam 9.45 pagi.

Memanjat bukit menggunakan tali antara cabaran yang dilalui.

Berehat di air terjun pertama yang menarik.

Penyertaan peserta wanita agak ramai XPDC kali ini.

XPDC kali ini agak lebih mencabar, kerana laluan asal tidak dapat dilalui disebabkan pokok2 besar yang tumbang serta laluan yang licin, menyebabkan seorang peserta Sdri Masriyatul Akma tergelincir dan mendapat kecederaan di dagu (mungkin kena jahit).


22 peserta meneruskan pendakian sementara 7 lagi berehat dan menunggu di air terjun ke 3. Sampai di puncak Bukit Muntahak pada jam 2.50 ptg dan menunaikan solat berjemaah.

Oleh kerana masa pendakian agak lama, maka perjalanan turun dipercepatkan. Dalam perjalanan turun, Sdr Khairul terjatuh tapi dapat disambut oleh Pak Long. Dengan kehendak Allah, saya sendiri terjatuh ditempat tersebut dan mendapat kecederaan di tangan (kena 8 jahitan) tapi tidak melemahkan semangat untuk berXPDC lagi.

Dipertengahan perjalanan turun, kami diduga lagi dengan hujan turun dengan lebat. Agak risau juga sebab laluan semakin licin dan beberapa cerun masih belum dilepasi. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke tempat permulaan XPDC jam 6.30 ptg.

Jazakallah dan tahniah kepada semua yang telah menyertai aktiviti XPDC anjuran KRI JIM Johor kali ini. Dan Alhamdulillah, 11 orang telah mendaftar sebagai ahli JIM.

Salam & Senyum Selalu
Khalid KRI@Pak Kay